10 Tips Menjaga Keselamatan Wifi - Skim F Daerah Segamat
Tuesday, May 24, 2011


Kali ini kita berkongsi 10 tips menambahbaik kualiti keselamatan wireless di kediaman dan tempat kerja masing-masing. berikut adalah 10 langkah asas untuk penjagaan keselamatan wireless... selamat mencuba...

  1. Tukar default username & password Administrator
    Dengan menukar username dan password, pencerobohan dapat dikurangkan kerana default password amat mudah diteka apatah lagi jika jenis router dapat dikenalpasti.
  2. Aktifkan Ekskripsi WPA/WEP
    Dengan mengaktifkan perlindungan ekskripsi jenis WPA ataupun WEP ini dapat mengurangkan risiko pencerobohan dari luar, walaupun kedua-dua jenis enskripsi ini masih tidak menjamin 100% selamat dari perbuatan khianat penceroboh.
  3. Tukar default SSID router
    Perkara pertama apabila memiliki wireless router, anda perlu menukar SSID kepada nama lain yang tidak melambangkan identiti dan lokasi kediaman anda.
  4. Aktifkan tapisan alamat MAC
    Langkah mengaktifkan tapisan alamat MAC ini bagi menjamin bahawa hanya peralatan yang memiliki alamat MAC tertentu sahaja boleh mengakses router. Namun fungsi ini masih tidak menjamin keselamatan kerana penceroboh tetap boleh memalsukan alamat MAC dengan mudah.
  5. Matikan SSID Broadcast
    Fungsi mematikan broadcast nama SSID terdapat pada kebanyakan router wireless, dan kemudahan ini membantu menyusahkan penceroboh meneka SSID yang anda gunakan.
  6. Jangan set 'Auto Connect' to Open Wifi
    Jangan sesekali menggunakan fungsi auto connect ke sambungan wireless berstatus Open yang tidak dikenali puncanya, kerana terdapat penceroboh menggunakan open connection in isebagai umpan mengumpul maklumat dari komputer pengguna.
  7. Gunakan Static IP Address
    Hindari penggunaan DHCP walaupun ia memudahkan namun ia lebih memudahkan kerja-kerja penceroboh memasuki sistem.
  8. Aktifkan perlindungan Firewall di PC dan Router
    Aktifkan perlindungan firewall di setiap PC dan router, lebih baik jika menggunakan 3rd party software utk windows firewall.
  9. Pastikan posisi router adalah selamat
    Kedudukan wireless router adalah amat penting dalam memberikan keselamatan capaian wireless, letakkan router wireless di tengah-tengah rumah yang akan memberikan kurang capaian kepada kawasan luar.
  10. Matikan keupayaan Wireless secara berkala
    Lebih selamat jika keupayaan wireless dimatikan apabila tiada penggunaan ataupun semasa bercuti.

SELAMAT MENGGUNAKAN WIRELESS.....

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM