Cara Mudah Rename Fail - Skim F Daerah Segamat
Monday, June 20, 2011


Segmen kongsi tips! Kali ini mari kita lihat cara untuk RENAME fail yang banyak secara mudah tanpa memerlukan software tambahan, seringkali apabila kita selesai mengambil gambar untuk sesuatu acara atau majlis hasil fail gambar lazimnya adalah seperti ini >> DSC000125.jpg atau sebagainya... alangkah elok jika fail-fail gambar tersebut boleh kita namakan mengikut majlis/acara yang berkenaan, seperti KhatamAlquran (001) dan seterusnya.
Cara yang akan diterangkan dibawah juga sesuai untuk pada lain-lain jenis fail seperti Document, Klip Video dan sebagainya.
Untuk menamakan fail yang banyak secara serentak, ini step by step dia... ;-

  1. Buka folder yang mengandungi fail yang ingin ditukar namanya.
  2. Seterusnya... pilih semua fail dalam folder tersebut dengan arahan Edit > Select all or gunakan arahan ringkas CTRL + A.
  3. Kemudian pilih menu File dari menu tetingkap dan klik pada Rename.
  4. Taipkan nama baru yang diingini dan tekan ENTER.
Masa proses menamakan semula fail bergantung kepada bilangan fail yang terdapat dalam folder tersebut, apabila selesai proses menamakan, fail-fail tadi akan menjadi turutan nombor seperti ini Your File (1), Your File (2), etc.
Selamat mencuba!

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM