Mesyuarat MPJTK Segamat Siri 01/2011 - Skim F Daerah Segamat
Friday, July 29, 2011

Aktiviti : Mesyuarat Majlis Permuafakatan Juruteknik Komputer Segamat
Tarikh : 28hb Julai 2011
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Makmal Komputer, SK Segamat Baru.

Alhamdulillah... selesai sudah mesyuarat kali pertama untuk tahun 2011 ini, mesyuarat kali ini dikendalikan oleh pengurusan jawatankuasa baru yang dilantik pada akhir tahun 2010 yang lepas. Berikut adalah beberapa agenda sepanjang mesyuarat berlangsung selama kira-kira 2 jam lebih:-

  • Kata aluan dari pengerusi
  • Perkongsian masalah setiap juruteknik
  • Pandangan dan pendapat untuk penambahbaikan
  • Pembentangan tempahan baju kerja/bengkel
  • Pembentangan idea Aktiviti Riadah/Sukan
  • Pembentangan idea Hari Keluarga 2011
  • Kutipan Yuran tertunggak sehingga Jun 2011
  • Mesyuarat ditangguhkan

Diharap semua perncangan dan idea akan dapat direalisasikan pada tahun 2011 ini, insyallah. Majlis bersurai pada jam 5.00 petang selepas minum petang di kantin SK Segamat Baru.

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM